KONSULTASI BERSAMA TERAPIS CARA KERJA

KONSULTASI DAN SARINGAN TERAPIS CARA KERJA YANG DILAKUKAN SECARA 'GROUPING' ATAU ONE-TO-ONE (BOLEH DIPILIH)
✨Ibu bapa akan berpeluang berjumpa one-to-one dengan terapis selepas sesi tamat (grouping mahupun one-to-one session)
✨Aktiviti terapi akan dilaksanakan di ASK Terapi beralamat 7528, Jalan Enggang 19, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor.
Grouping :
1. Anak-anak akan membuat aktiviti terapi secara berkumpulan (1 kumpulan 4 orang) bersama Terapis Cara Kerja.
2. Selepas aktiviti tamat, setiap ibu bapa berpeluang berjumpa secara personal dengan terapis untuk mendapatkan maklum balas / dapatan daripada terapis.
ONE-TO-ONE :
1. Anak puan/tuan akan menjalani aktiviti terapi secara individu bersama terapis tanpa ada interaksi dengan anak-anak yang lain (seperti grouping).
2. Selepas sesi aktiviti terapi antara anak dan terapis tamat, ibu bapa akan berjumpa secara personal bersama terapis untuk mendapatkan maklum balas / dapatan daripada terapis.